MENGENAI KAMI



Slogan SAVE OUR LEGACY sering kali menghiasi artikel-artikel dalam rattancrafts.blogspot.com. Selamatkan warisan kita merupakan antara matlamat Rattan Crafts. Dengan adanya rattancrafts.blogspot.com, masyarakat bukan sahaja boleh mengkaji, melihat warisan nenek moyang mereka tetapi mereka juga boleh belajar dan memiliki kraf anyaman. Tahniah Rattan Crafts!!

Kembali kepada tajuk utama, Rattan Crafts di terajui oleh En. Sabudin bin. Othman. Beliau merupakan seorang pengajar di sebuah yayasan bukan kerajaan di Pulau Pinang.  Setiap hari tugasnya adalah untuk memberi didikan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajarnya dari golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan. Beliau juga ada melakukan kerja sampingan iaitu menerima tempahan anyaman bakul rotan. Kebanyakan tempahan yang diterima adalah dari kedai-kedai kraftangan dan ada kalanya dari rakan-rakan dan sanak saudara. Pengalaman lebih 30 tahun berkecimpung dalam seni anyaman telah banyak membantu beliau untuk menghasilkan kraf-kraf anyaman yang berkualiti dan kreatif dalam masa singkat.

rattancrafts.blogspot.com dan  FB/rattancrafts dikendalikan oleh anak sulong En. Sabudin iaitu Muhd Aidil Afifbin. Sabudin. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SM Teknik Seberang Perai kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Dalam masa yang sama, beliau mempunyai kecenderungan dalam teknologi komunikasi dan maklumat. Berkebolehan membina laman sesawang dan mengendalikan perisian-perisian seperti Photoshop, Sony Vegas dan Microsoft Office. Namun, beliau masih menganggap ilmu yang beliau miliki adalah masih terlalu sedikit. ‘Dunia IT terlalu luas untuk diteroka!’.
Rattan Crafts ingin meminta ampun dan maaf jika berlaku sebarang kesulitan dan tersilap kata. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui kommen atau mail di Facebook Rattan Crafts atau mail ke aidilafif@hotmail.com.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT UNTUK BERHUBUNG DENGAN KAMI SILA KE RUANGAN HUBUNGI KAMI.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More