Syarat & Terma


Apabila pelanggan membeli sebarang produk di Rattan Crafts secara terus ataupun melalui talian tempahan bermakna pelanggan telah bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah disediakan. Sebagai pelanggan, anda haruslah mematuhi panduan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan. Ia bertujuan melindungi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.
Kami berharap, para pelanggan membaca dan memahami terlebih dahulu Terma dan Syarat dan setuju sebelum membuat pembayaran.

TERMA & SYARAT
  1. Rattan Crafts memberi jaminan bahawa tempahan anda akan digantikan dengan yang lain sekiranya berlaku kesilapan penghantaran. Kami juga akan menanggung 100% kos penghantaran.
  2. Pelanggan yang tersilap menempah masih lagi boleh menukar barang yang dibeli selewat-lewatnya 3 hari selepas penghantaran dengan syarat barang yang telah sampai ke tangan anda masih dalam keadaan 100% elok. Sebarang penambahan dan pengurangan harga ditanggung oleh pelanggan. Kos penghantaran juga perlu ditanggung pelanggan sendiri.
  3. Tempahan kraftangan anyaman rotan tidak semestinya 100% sama dengan gambar namun warna dan saiz boleh ditetapkan oleh pelanggan sendiri.
  4. Barang yang rosak akibat kecuaian pelanggan adalah tanggungjawab anda sendiri.
  5. Barang yang rosak akibat kecuaian pihak penghantar boleh di minta ganti rugi dari pihak tersebut.
  6. Wang pendahuluan (40%) pelanggan tidak akan dipulangkan jika pelanggan hendak membatalkan tempahan sebelum penghantaran dan bayaran selebihnya. Namun, wang tersebut boleh digunakan untuk membeli produk-produk kraftangan lain dari kami.


Diharapkan para pelanggan telah memahami TERMA & SYARAT yang telah ditetapkan. Pihak kami berhak untuk mengubah Terma dan Syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan awal. Ini bertujuan bagi melindungi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.

Sekian, terima kasih.
   
    (PENGURUSAN RATTAN CRAFTS)

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More